Gambar Profail
Peraturan untuk gambar profail adalah lebih ketat berbanding gambar-gambar di dalam profail awak. Gambar profail ditunjukkan di serata halaman contohnya di halaman utama atau di dalam carian sebagai gambar pra-tonton. Ia adalah "kad peniagaan" untuk ahli lain.
Selain garis panduan bagi gambar-gambar dalam profail, peraturan tambahan ini dikenakan terhadap gambar profail:
- gambar profail awak mesti menunjukkan awak (tiada gambar masa kanak-kanak)
- gunakan gambar potret dengan resolusi dan kualiti baik
- muka dan mata awak patut dapat dilihat dengan jelas
- bukan gambar anggota badan seperti mata, tatu atau tubuh atas
- bukan gambar berkumpulan dengan orang lain
- kualiti gambar yang cukup baik (tidak terlalu cerah atau gelap, saiz bersesuaian)
- tiada herotan atau tapisan gambar (garis lukisan atau serupa)
Gambar-gambar lain
- Gambar-gambar dalam profail awak patut menunjukkan jendela ke dalam kehidupan awak (e.g. gambar awak dengan kawan-kawan, dengan haiwan peliharaan atau dengan anak-anak)
- Gambar tidak sesuai atau lucah tidak dibenarkan
- Gambar awak tidak patut melanggar moral awam
- Gambar tidak boleh mengandungi alamat emel, nombor telefon, pautan atau maklumat lain untuk memulakan hubungan terus
- Gambar-gambar kanak-kanak tidak dibenarkan jika penjaga tidak kelihatan
- Gambar, seni, komik, tanda dagangan, lambang atau gambar-gambar serupa tidak dialu-alukan
- Tiada gambar lanskap
Detik
- Detik-detik tiada peraturan ketat seperti gambar profail di mana awak mesti muncul di dalam gambar. Awak boleh memuat naik gambar kereta awak, percutian idaman, muat naik snapshot dari keraian terakhir atau serupa.
- Detik-detik dipadam secara automatik selepas tempoh tertentu
- Tidak dibenarkan adalah: Gambar-gambar dengan alamat emel, nombor telefon, pautan atau lain-lain rujukan untuk perhubungan terus
- Gambar kanak-kanak dibenarkan hanya jika awak sebagai penjaga juga muncul bersama
- Gambar yang menyinggung atau lucah tidak dibenarkan
- Gambar awak tidak sepatutnya melanggar kesopanan awam
- Awak patut memiliki hak ke atas gambar tersebut
- Kami berhak memadam gambar dengan kualiti buruk atau tiada kandungan berguna.